Sunday, October 30, 2016

semangat nak berblog

aku sebenarnya semangat nak berblog nie sebab aku dah lama tahan perasaan aku nie. aku bukan jenis nak bercerita apa aku rasa dekat orang apatah family aku. aku tak suka diorang tahu aku ni ada masalah atau bermasalah, hiiii. nak bajet good je kan dekat family aku. jadi ada baiknya aku cerita dekat engkau je wahai blogkuuu. aku sebenarnya okay tau dekat tempat baru ni. aku rasa aman damai sentosa je sehinggala ada staff baru masuk. aku jenis perangai memang tak bergaul dengan orang sangat. setakat borak-borak biasa je lewls. yang lain aku sanggup Ya Allah memerap je dalam bilik office aku. TAPIII sejak ada staff baru masuk tu. kehidupan aku dah tak aman damai sentosa dah. ade sorang mins (baca minah) tu dah mengganggu ketenteraman aku. dah la pepagi dah melepet je dkt bilik aku konon nak menyembang. dah duduk almost half an hour dia blah la. tu okay la kan, masalahnya bilik aku nie dkt tengah-tengah laluan nak ke toilet. setiap kali mins nie nak pergi toilet mesti dia nak tegur aku like 'amboi busy nampak' 'amboi sibuknya buat kerja' 'amboi khusyuknya' eh vavs sangat ko dah kenapa setiap kali nak tegur aku. ko pergi je la tunaikan hajat tu menyibuk macam lalat nak melangau dkt aku kenapa. rimas ok rimas. dah nama pun datang kerja mesti la sibuk buat kerja. takkan nak melalak karok pulak ken. vavs!

Thursday, August 11, 2016

I'm back

Aloha!

I'm back :)

Wuuuuuu, dekat setahun dah sebenarnya aku tukar kerja! Masa create blog nie dulu kerja tempat lama. Sekarang kat tempat kerja baru, baru la keinginan untuk menulis blog tu datang balik. hihi. Sebab banyakk kot kenangan manis yang aku nak abadikan dalam blog nie. Nak membebel pun iye jugakkk.

Tempat baru, suasana baru tu biasa la weyh. Dulu tempat kerja lama secoet ja staff. Sekarang tempat besar maka besarlah karenahnya. Dulu aku kerja tempat lama secoet staff tu pun pening aku nak melayan. Sekarang alhamdulillah, dah setahun kerja dah boleh bawa diri dah. :)

Kerja kali nie gaji lagi mahal, elaun pun ok. Untuk seorang bujang macam aku nie memang cukup sangat-sangat la. Kerja pulak dekat tempat pendalaman, ape je yang ade la untuk aku bazirkan. Tapi gaji mahal, elaun mahal kerja pun boleh tahan la banyaknya. Sibuk manjang. Tapi alhamdulillah, rezeki kot memang tak boleh nak merungut. 



Habluminnallah, Habluminnas :)